Posts

METODOLOGI KAJIAN

1 .  Pemerhatian Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Menurut Malek Muhamat Said (2007), pemerhatian hendaklah dibuat secara saintifik iaitu secara tepat, sistematik dan objektif. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat dan pengumpulan data selain soal selidik dan temu bual. Melalui kaedah pemerhatian, pengkaji dapat mengamati tingkah laku sesuatu perkara berpandukan pemboleh ubah yang dikenal pasti. Oleh itu, pengkaji hendaklah menjalankan peranan sebagai pemerhati dengan lebih peka terhadap perubahan-perubahan tingkah laku dengan mendengar dan juga melihat Kaedah pemerhatian telah kami jalankan adalah di   sebuah sekolah A di sekitar Rawang. 2.   Temu bual Menurut Denzin ( 2001), temu baul harus digunakan lebih daripada hanya sebagai alat pengumpulan maklumat. Temu bual perlu bersifat reflektif dan dapat mencerminkan kehidupan dan keadaan sebenar meng...