METODOLOGI KAJIAN
1. Pemerhatian
Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah
penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Menurut
Malek Muhamat Said (2007), pemerhatian hendaklah dibuat secara saintifik iaitu
secara tepat, sistematik dan objektif. Pemerhatian juga merupakan alternatif
yang ada dalam mengumpul maklumat dan pengumpulan data selain soal selidik dan
temu bual. Melalui kaedah pemerhatian, pengkaji dapat mengamati tingkah laku
sesuatu perkara berpandukan pemboleh ubah yang dikenal pasti. Oleh itu,
pengkaji hendaklah menjalankan peranan sebagai pemerhati dengan lebih peka
terhadap perubahan-perubahan tingkah laku dengan mendengar dan juga melihat Kaedah
pemerhatian telah kami jalankan adalah di
sebuah sekolah A di sekitar Rawang.
2. Temu bual
Menurut
Denzin ( 2001), temu baul harus digunakan lebih daripada hanya sebagai alat
pengumpulan maklumat. Temu bual perlu bersifat reflektif dan dapat mencerminkan
kehidupan dan keadaan sebenar mengenai sesuatu fenomena. Temu
bual didefinisi sebagai perbualan dua hala yang bertujuan untuk mengumpul
maklumat kajian. Temu bual merupakan intraksi bersemuka antara penemu bual /
penyelidik dengan responden. Menurut Chua Yan Piaw(2014) pula, temu bual
dikategori kepada tiga jenis, iaitu temu bual berstruktur, temu bual semi
struktur dan temu bual tidak bersruktur Kaedah temu
bual yang kami gunakan ialah kaedah temu bual berstruktur.Kami menyediakan
sebanyak 10 soalan untuk ditemu ramah kepada guru-guru di Sekolah A. Sebagai
contoh, kami telah menyediakan soalan mengenai strategi pengajaran yang
dijalankan di Sekolah A agar proses PdP lebih berkesan dan berjalan dengan
lancar.
Comments
Post a Comment